PROSES KAMI

KEBAIKAN

DARI LADANG KE KEDAI

Tekan dan baca bagaimana kami menjaga ayam kami dan menghasilkan telur berkhasiat.


Yang Mana Dahulu?
Ayam atau Telur?

Ayam QL
Makan Dengan Sihat

Menjauhkan
Doktor

Menjaga Kebersihan

Memanfaatkan Sisa
Dengan Baik

Menjaga Kesejukan

Pengumpulan
dan Pengisihan

Pembungkusan
dan Transportasi

MEMASTIKAN PERTUMBUHAN YANG OPTIMUM DAN KESIHATAN ANAK AYAM

Ia bermula dengan anak-anak ayam dalam ladang kami. Dari hari pertama, mereka diberi makanan yang berkhasiat dan semulajadi yang dirumuskan khas untuk pertumbuhan dan kesihatan yang optimum, dan tanpa sebarang warna sintetik atau bahan tambahan tiruan, untuk memberikan anda kualiti telur yang berkhasiat.

Kami memberi makan ayam kami makanan semulajadi:



MAKANAN SEMULAJADI YANG DIFORMULASI KHAS

Kandungan nutrisi sebiji telur dikaitkan dengan apa yang dimakan oleh ayam itu. Dengan ini, kami memberikan makanan semulajadi kepada ayam kami supaya tiada bahan tambahan tiruan atau bahan pengawet boleh masuk ke dalam telur yang mereka hasilkan. Kami telah berniaga melebihi 30 tahun. Kami komited untuk memaksimumkan pengetahuan dan kepakaran kami untuk menyediakan khasiat harian untuk keluarga dan individu melalui telur yang berkualiti.





APA YANG AYAM DIMAKAN ITU TERPANJANG DALAM TELURNYA

Pengetahuan kami mengenai biologi ayam melalui penyelidikan & perkembangan kami membantu untuk menghasilkan makanan semulajadi berkualiti tinggi yang dirumus khas untuk kesihatan ayam. Makanan mereka dibuat daripada jagung kuning, kacang soya, gandum, dan ditambahkan beberapa jenis vitamin dan mineral. Makanan ini dirumus khas dengan lebih rendah kandungan lemak dan lebih tinggi kandungan serat.






MENJAUHKAN DOKTOR

Makanan kami juga diperkayakan dengan probiotik lactobacillus untuk meningkatkan kesihatan ayam kami. Sekiranya sekumpulan ayam didapati sakit, mereka terlebih dahulu akan diberi vitamin tambahan dan penjagaan tambahan untuk mereka pulih.

MENJAGA KEBERSIHAN

Kebersihan mempengaruhi kesihatan ayam dan telur yang dihasilkan. Ladang QL mengambil langkah-langkah kebersihan dan biosekuriti yang ketat yang meminimumkan risiko jangkitan virus dan bakteria dari persekitaran luaran, antara ayam-ayam dan daripada kakitangan ladang.

Najis ayam akan dikumpul secara teratur dan sistematik dan ditukarkan kepada tenaga ‘bio-renewable.’ Ini memastikan persekitaran ayam bersih dan bebas daripada bau sambil mengurangkan risiko jangkitan kuman daripada najis ayam.

Apabila ayam-ayam QL gembira, sihat, dan bebas tekanan, mereka akan menghasilkan kualiti telur yang terbaik dengan kandungan nutrisi yang bagus, tanpa warna sintetik tambahan.

MEMANFAATKAN SISA DENGAN BAIK

Secara konvensional, najis ayam diketepikan dari rumah ayam dan dikeringkan untuk dijual sebagai baja. Pengumpulan dan penyingkiran najis ayam adalah sangat penting untuk mengekalkan persekitaran ladang yang bersih, meminimumkan bau dan risiko jangkitan kuman.

QL adalah syarikat pertama di Malaysia untuk melabur berjuta-juta ringgit dalam loji Biogas untuk menguruskan najis ayam di ladang ayamnya. Dalam loji Biogas, najis ayam dirawat untuk menghasilkan biogas untuk menjana tenaga elektrik. Ini adalah tenaga elektrik yang percuma dan mesra alam, manakala baja ayam yang dirawat boleh diproses selanjutnya menjadi baja organik, seterusnya menyumbang kepada persekitaran hijau yang bersih.

MENJAGA KESEJUKAN

Cuaca buruk seperti panas dan sejuk boleh menjejaskan kesihatan dan tahap tekanan ayam dan seterusnya kualiti telur. Ayam kami tinggal di rumah sejuk ayam yang dilengkapi dengan teknologi canggih yang membolehkan iklim dikawal, mengekalkan ayam dalam suhu yang stabil dan selesa.

Ini mengurangkan risiko ayam-ayam menjatuh sakit dan memastikan mereka bebas tekanan untuk menghasilkan kualiti telur yang terbaik.

PENGUMPULAN DAN PENGISIHAN

QL Eggs dipilih khas daripada ayam yang sihat dan dalam usia produktif terbaik. Telur yang baru ditelur dikumpulkan dan diangkut melalui sistem tali pinggang penghantaran automatik dari rumah ayam ke rumah telur dua kali sehari. Telur diasingkan terlebih dahulu secara manual untuk mengeluarkan telur yang kotor dan retak, dan selepas itu diasingkan semula melalui mesin penggredan telur automatik untuk menentukan saiz dan grednya.

Selepas penggredan, telur dipilih sekali lagi secara manual untuk memastikan bahawa hanya telur yang bersih dan berkualiti digunakan untuk QL Eggs.

PEMBUNGKUSAN DAN TRANSPORTASI

QL Eggs dibungkus dengan teliti dalam dulang yang padat dan kotak karton berdinding dua untuk memastikan kestabilan kandungan telur. Ia dihantar setiap hari untuk memastikan kesegaran untuk anda dan keluarga anda.

Sama ada QL D’Fresh, QL Omega, QL Sakura atau mana-mana telur kami, anda pasti akan menemui kesegaran, kualiti, dan khasiat yang semulajadi untuk kesihatan anda!